GIFT FOR HEALTH

 

KAMI BERBANGGA

Kerana anda Memilih Minuman Kesihatan Ini Sebagai Pilihan

Kami dari PatiKurma.com mendoakan kesihatan untuk mereka yang berikhtiar dengan Pati Kurma Dee-V ini.

Semoga beransur pulih dari segala penyakit dan sihat sentiasa hendaknya

🙂

Aroma Bau dan Rasanya Yang Unik!

Oleh kerana ianya pati cuka, jadi rasanya agak masam.

Namun bau dan rasanya tak setajam cuka kurma tiruan yang banyak di pasaran.

Dan kerana Pati Cuka Kurma Dee-V ini dijamin 100% asli, rasa masamnya lebih ringan dan ada rasa manis-manis sedikit.

Jadi sesuai juga untuk mereka yang mengandung, ada gastrik dan kencing manis.

Cara Minum Pati Cuka Kurma Dee-V

Ada pelbagai cara minum yang menarik!

Namun secara asasnya :

1. Bancuh 1 sudu besar Dee-V dengan air kosong dan minum sampai habis

2. Air kosong tersebut boleh jadi secawan, segelas, atau sebotol. Yang penting perlu habiskan haritu juga.

3. Tips Shortcut = Boleh minum dengan sedikit air kosong seperti separuh cawan agar lebih cepat habis masuk ke badan. Namun pastikan bilas dengan 1-2 gelas air kosong kembali

4. Suhu air jangan terlalu sejuk dan jangan terlalu panas.

Berapa kali minum sehari?

Untuk permulaan, 1 minggu pertama amalkan 1 sudu besar sekali sehari sahaja.

Untuk minggu kedua dan seterusnya boleh amalkan 1 sudu besar 2 kali sehari, seperti pada waktu pagi dan malam.

Sebaiknya waktu perut tidak terlalu kosong, dan tidak terlalu penuh/kenyang.

Namun tiada masalah untuk diminum sebelum, semasa atau selepas makan.

Jika tak tahan masam, boleh cuba bancuh dengan: (sesuai juga untuk menarik perhatian si kecil untuk minum)

 

  1. Madu Asli (elakkan madu tualang)
  2. Air Jus Buah (seperti Jus Epal/Oren/Tembikai/Lobak dan lain-lain)
  3. Air Lemon + Gula Perang / Gula Melaka
  4. Campuran makanan sunnah yang lain seperti: Minyak Zaitun, Gam Arab & Minyak Habatussauda
Tips Untuk Jadi Lebih Sihat Dengan Dee-V?

Pastikan anda ENJOY bila minum Dee-V.

Bila ENJOY = Lebih mudah konsisten = Lebih cepat beransur pulih inshaAllah.

Cara Simpan Dee-V

Sebaiknya disimpan di suhu bilik, tidak di dalam peti ais dan tidak terdedah kepada matahari. Probiotik di dalam Dee-V sangat sensitif terhadap haba dan akan mati, tapi vitamin yang lain kekal ada.

Pati Cuka Kurma Dee-V Ni Ada Tarikh Luput (Expiry Date) Tak?<br />

Pati Kurma ni tiada expiry date, kerana ianya melalui proses penapaian (fermentation) sehingga 8-12 bulan.

Apa-apa yang melalui proses fermentation biasanya tiada expiry date.

Malah makin lama proses tersebut, makin bagus kesannya.
Contohnya seperti arak, cendawan mekah, budu etc.

Oleh kerana nak dapatkan kelulusan KKM, jadi kena juga letak expiry date di kotak untuk lepaskan syarat.

Namun jangan risau jika tarikh pada kotak sudah tamat tempoh.

Pati Cuka Kurma Dee-V ini boleh diamalkan tanpa ragu-ragu kerana ianya dalam kategori minuman kesihatan dan bukannya kategori ubatan dan tiada ada expiry date.

Had Umur Untuk Mula Boleh Minum Dee-V

Jika bayi bawah 1 tahun atau 1 tahun lebih, jika masih menyusu ibu, kami sarankan ibunya yang amalkan agar khasiatnya sampai melalui susu ibu.

Bayi yang ususnya sudah sedia, sudah boleh amalkan Dee-V dengan kuantiti yang minima, seperti 1 sudu kecil dibancuh dengan air.

Bagaimana kita nak tau usus bayi tersebut sudah sedia?

Tandanya bayi tersebut boleh duduk sendiri tanpa bantuan dan sudah makan makanan pepejal.

Selain dari itu, Dee-V selamat diminum oleh semua golongan dari bayi hingga warga emas dengan kuantiti yang sesuai.

Perhatian Untuk Mereka Yang Ada Penyakit Kronik & Masalah Buang Pinggang
  1. Dapatkan nasihat doktor
  2. Banyakkan makanan yg boost immune sistem dan banyakkan sumber VITAMIN C.
  3. Kurangkan dos Dee-V (minum beberapa titis sahaja dulu dalam secawan air)
  4. Jika perlu, minum Dee-V selang sehari.
  5. Elakkan madu tualang, pisang, budu, betik, kopi terutamanya tongkat ali.
  6. Banyakkan minum air kosong.
BAGAIMANA DEE-V MEMBANTU MERAWAT PENYAKIT DALAM BADAN?

Fungsi utama Dee-V adalah untuk merawat usus kita.

Dimana kita tau sumber kebanyakan penyakit dari usus/perut.

Jadi jika usus dirawat, banyak penyakit yang berkaitan akan beransur baik inshaAllah.

Ini termasuklah alahan asma, batuk, sembelit, gastrik, demam, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.

Bagaimana Prosesnya:

3 Proses Mudah

DETOX – NOURISH – RECOVER

1. DETOX – Dee-V masuk dalam badan dan mula merawat usus kita dengan menyingkirkan toksik dalam perut (detox)

Bila usus kita sudah disingkirkan toksik, barulah ia mudah untuk menyerap segala nutrien dan khasiat dari semua pemakanan kita. Jadi penyerapan nutrisi berganda lebih baik.

2. NOURISH – Dee-V yang kaya dengan probiotik dan khasiat kurma yang pelbagai, akan membantu menaikkan sistem imunisasi badan dan menghalang penyakit-penyakit datang menyerang. (Immune System Booster)

3. RECOVER –  Apabila imunisasi badan (immune system) meningkat, barulah proses pemulihan penyakit berjalan akan lebih lancar. Ini termasuklah pemulihan di usus, darah, cecair badan, organ, sel dan lain-lain.

Kesannya, penyakit beransur pulih, badan lebih bertenaga, kulit lebih sihat, keradangan berkurang dan lebih “immune” dengan penyakit. (dengan izin Allah)

InshaAllah dengan pemakanan yang sihat dan pengamalan Dee-V secara berterusan bukan sahaja membantu anda dan keluarga beransur pulih dari penyakit, malah juga menghalang dan menambah kualiti kesihatan keluarga tersayang.

APA PATUT SAYA BUAT JIKA BERLAKU "HEALING PROCESS/HEALING CRISIS" ATAU KRISIS PEMULIHAN?

“Healing Crisis” atau Krisis Pemulihan ialah proses normal yang berlaku dalam badan, sama ada penyakit yang anda hidapi menjadi lebih baik atau menjadi lebih teruk. Dalam kata lain, penyakit tersebut boleh jadi lebih teruk lagi sebelum ia boleh beransur baik.

Benda ini normal berlaku jika badan kita melalui proses penyingkiran toksin (detox).

Dan boleh jadi tidak berlaku healing crisis pun semasa minum Dee-V ni.

Sebenarnya ini ialah petanda baik namun ramai tak sanggup nak teruskan kerana tak tahan dengan penyakit yang datang.

Namun sayang jika tak diteruskan, kerana selepas habis “Healing Crisis” ini, inshaAllah penyakit akan beransur pulih dan badan makin sihat dan cergas.

Apa yang anda boleh buat jika berlaku Healing Crisis ialah jangan berhenti terus.

Tetapi lakukan ini :

  1. Kurangkan dos dari 1 sudu ke separuh sudu. Atau kurangkan ke beberapa titis sahaja.
  2. Jika perlu, jarakkan pengambilan Dee-V seperti selang sehari atau dua-tiga hari.
  3. Banyakkan minum air kosong. Ini memudahkan toksin keluar dari badan.
  4. Makan makanan yang tinggi dengan Vitamin C
  5. Dapatkan nasihat doktor.