Select Page

Bukan nak menakutkan, tetapi ini fakta dan ada satu kisah benar berlaku…

Asma ialah penyakit kronik dan antara 20 punca kematian tertinggi di dunia

Bagaimanapun, hasil tinjauan yang ditaja Mundipharma Pharmaceuticals menunjukkan bahawa 93% daripada 151 responden Malaysia tidak menganggap penyakit yang mereka hidapi itu serius.

Tinjauan yang dijalankan oleh Realise Asia pula mendapati 9 daripada 10 penghidap asma percaya penyakit mereka dapat dikawal di sebalik gejala yang berterusan dan serangan asma.

Bagaimanapun, di sebalik tanggapan positif responden, 92 peratus daripada mereka masih mengalami pelbagai gejala yang membimbangkan termasuk sesak nafas, batuk dan sakit dada.

Seramai 62 peratus mengalami masalah susah tidur akibat gejala asma yang berlaku pada waktu malam yang memerlukan rawatan dan 40 peratus memerlukan rawatan kecemasan di hospital.

Apabila keadaan ini berlaku, dua pertiga daripada responden terpaksa tidak hadir ke sekolah atau ke pejabat sekurang-kurangnya sehari sementara seperlima responden memerlukan rehat seminggu.

Hasil tinjauan ini menunjukkan sekiranya penyakit asma tidak diurus dengan baik, ia boleh menjejaskan kualiti kehidupan seseorang serta kegiatan hariannya.

Sekiranya tidak dirawat, gejala mungkin menjadi lebih teruk dan rumit untuk dikawal.

Pesakit juga berdepan dengan risiko sakit mendadak, terpaksa dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia.

Asma dianggap isu kesihatan awam serius dan melibatkan lebih 70 juta orang di Asia dan angka ini semakin meningkat.

Ada satu kes pada 18 September 2018, berlaku kematian disebabkan serangan penyakit tersebut di Pahang.

Mangsa ditemui dengan inhaler pada tangannya.

Dengan ini, semoga kita lebih mengambil berat soal kesihatan kita mahupun ahli keluarga kita.



Klik gambar di bawah untuk info penuh tentang Dee-V