Select Page

Sanggup Rugi RM60,000 Agar Anda Dapat Hanya Kualiti Yang TERBAIK. 

 

Semata-mata untuk menjaga kualiti produk. 

Kisah Puan Aliah (founder Dee-V) ini buat kami bertambah yakin pada produk bumiputra keluaran beliau. Puan Nurul Aliah Mohd Noor ialah seorang bioteknologis berkelulusan Master in Biotechnology and Management dari UKM.

Beliau seorang yang sangat berprinsip, disiplin dan obses kepada benda natural yang dapat menyihatkan badan.

Jadi beliau telah menghasilkan pelbagai produk yang diyakini 100% natural, dan antaranya ialah Pati Cuka Kurma Dee-V, asalnya untuk keluarga sendiri dan orang terdekat sahaja.

Namun, apabila ramai yang mengamalkan Dee-V ni melihat perubahan ketara pada kesihatan mereka dan meminta agar lebih banyak Dee-V dihasilkan.

Disinilah bagaimana Dee-V sudah boleh dinikmati oleh lebih ramai orang lagi di Malaysia.

==========

Baru-baru ini, beliau ditimpa musibah.

Beliau kerugian paling kurang RM60,000 hanya kerana nak menjaga kualiti produknya.

Untuk pengetahuan anda, Dee-V dihasilkan melalui proses fermentasi/penapaian. Bukan sahaja prosesnya memakan masa yang sangat lama (8-12 bulan), malah kualiti air & udara persekitaran juga perlu sentiasa dipantau.

Ini bermakna kipas pengudaraan yang berada di kilang perlu sentiasa dihidupkan bagi memastikan kualiti udara terjaga.

Namun, ujian bagi beliau apabila kipas pengudaraan dalam kilang tersebut telah berhenti dan menyebabkan udara dalam kilang tersebut sedikit tercemar.

Semasa kejadian tersebut berlaku, ada 3 tong besar Pati Cuka Kurma Dee-V yang telah melalui proses fermentasi/penapaian hampir 8 bulan.

Jika diikutkan, ia masih boleh digunakan dan dijual di pasaran.

Namun atas rasa tanggungjawab, amanah dan prinsipnya yang mementingkan kejujuran dalam perniagaan, beliau telah membuang kesemua cuka kurma yang tercemar tersebut (Kos Kerugian = RM60,000)

Itu bersamaan lebih 10 ribu botol Dee-V!

Beliau memilih untuk kerugian duit dan masa demi menjaga kualiti produknya. 

Beliau memilih untuk mementingkan AMANAH dan KEJUJURAN lebih dari keuntungan semata.

Sebab tu lah, kami tersangat yakin dengan kualiti produk yang beliau keluarkan dan memasang misi agar setiap rumah ada sekurangnya 1 botol Dee-V, demi kesihatan bersama keluarga.

Jom bantu kami untuk mencapai misi #1HOME1DEEV! 🙂